Muka Utama

Selamat Datang!

       Terima kasih kerana mengunjungi laman web Pelaburan Emas. Laman ini disediakan untuk berkongsi dengan anda mengenai pelbagai aspek dalam bidang pelaburan emas, terutamanya melalui pendekatan Perancangan Kewangan Peribadi. Ia dibangunkan bagi memberikan sokongan terhadap perkembangan bidang ini yang semakin diberi perhatian, khususnya di Malaysia. 

        Emas merupakan logam bernilai tinggi yang paling dihargai manusia tak kira apa jua latarbelakang bangsa, agama dan kerakyatannya. Pelaburan emas kini dilihat sebagai jalan terbaik bagi menyelamatkan nilai aset kita dari terus jatuh dan merugikan akibat kesan inflasi dan penurunan nilai wang. Semakin ramai yang beralih kepada pelaburan emas sebagai tambahan kepada kaedah pelaburan sedia ada malah ada juga yang beralih sepenuhnya dari kaedah pelaburan biasa seperti saham amanah, saham dan sebagainya. Emas kini dilihat sebagai kaedah pelaburan jangka panjang yang paling baik kerana berisiko paling rendah dan ia berkemampuan memberikan pulangan yang lumayan bagi wang kita.

         Selaras dengan minat yang semakin meningkat terhadap pelaburan ini, ramai yang mula ingin mempelajari bagaimanakah kaedahnya. Adakah ia serupa dengan saham amanah atau adakah ia sesukar seperti di pasaran saham? Bagi membantu mereka yang dahagakan ilmu pelaburan emas, maka laman web ini diwujudkan dengan harapan mereka yang mengunjunginya akan dapat sedikit tambahan pengetahuan setelah membacanya. Laman web ini mengandungi pelbagai info berkaitan emas dan tidak terhad kepada aspek pelaburan semata-mata. Dari semasa ke semasa, info-info tambahan akan dimuatkan buat tatapan anda pembaca yang melayarinya.

         Memandangkan laman web ini agak terhad dari segi keupayaannya, maka kandungannya akan lebih bersifat satu hala iaitu dari laman web kepada pembaca. Beberapa muat turun akan dimasukkan untuk membolehkan anda membuat rujukan secara offline. Sekiranya para pengunjung ingin memberikan sebarang komen yang dapat menambahkan lagi menfaat kepada pengunjung yang lain, anda boleh berbuat demikian dengan menghantar e-mel ke alamat pelaburanemas.110mb@gmail.com atau mengisi borang maklumbalas secara online. 

Selamat melayari laman web ini, selamat melabur dengan emas dan semoga anda akan mendapat manfaat darinya.

 
Mohamad Saat Sukami
Penulis Bebas
Penulis Buku "Pelaburan Emas"